Kisah kali ini berlaku semasa aku tinggal kat asrama masa aku form 5. Kejadian berlaku di koperasi sekolah. Kisahnya begini, masa kejadian, semua orang belajar malam (prep) dkat dewan makan,tapi separuh lelaki belajar di koperasi sekolah. Menurut seorang kawan aku ni, diorang prep kat sana, keadaan di sana,seperti biasa,ada yang btul2 belajar,ada yang main2, dan ada yang main video handphone. Kawan dia yang main video tu, rakamlah keadaan sekeliling koperasi tu, selepas selesai merakam, diorang play video yang di rakam tadi. Dalam rakaman tu, ternampak satu objek yang melintas dengan cepat, tapi smasa rakaman diorang tak perasan. Kemudian, dalam rakaman tu, ternampak entiti yang tak di kenal pasti. Rakaman tu, aku pun ada tengok,sebab telah tersebar luas dalam kalangan pelajar dan guru sekolah aku tu. Dalam rakaman tu, entiti yang tak di kenal pasti tu, serba putih,dari atas sampai bawah,benda tu kelihatan di belakang koperasi, bnda tu berdiri bukan sekor ja, tapi kelihatan seperti ada kanak2 yg serba putih seperti objek yang tinggi tadi. semua benda tu berdiri dan bergerak. Objek tersebut seperti hantu pocong yang sedang berdiri. Semasa aku melihat rakaman tersebut dari awal hingga akhir, mmg kelihatan dengan jelas hantu-hantu tersebut interframe dlm rakaman tersebut. Sungguh menyeramkan....Menurut cikgu aku, kawasan tu, mmg banyak benda macam tu, sabab sekuriti selalu lapor ngn cikgu aku ttg kawasan tu. Selepas budak lelaki menyedari tentang rakaman mereka, mereka terus berlari ketakutan dan terus bluetooth ngn kwan2 yang lain. Itulah kisah yang dapat di kongsi bersama.....
Saturday, November 20, 2010
Monday, November 15, 2010
Hantu POO..........tutttttt...
Posted by Unknown at 7:24 AM 0 comments
Jam 2 Pagi
......... " Beelllllll "........pada jam 2 pagi,2 orang kawan aku terdengar orang memanggil namaku dengan nada yang tinggi...tapi yang peliknya aku langsung tidak mendengar suara tersebut...sebelum kejadian tu,aku dan 2 orang kawan aku ni pergi membuat perkara yang tak berfaedah,entah apa-apa yang kami buat pada tengah malam tu. Aku merangkap bos dalam kerja tersebut sudah pun bersara sejak kejadian itu berlaku. pada pukul 1.30 pagi kalau aku tak silap, kami pergi mengetuk dan menggegar pintu dorm-dorm tingkat bawah asramaku. Kemudian kami menambah keseronokan dengan menyusun semua selipar penghuni asrama termasuklah semua selipar warden dengan cara memanjang. Selesai kerja menyusun, aku dan sorang kawan aku, sekali lagi mengetuk ngetuk dan menggoyang pintu dorm junior,sejurus itu kami berlari memasuki tandas. Keberadaan kami di dalam tandas telah menimbulkan keseraman apabila kami terdengar bunyi batang penyapu jatuh. Beberapa saat kemudian, bunyi yang sama kedengaran,seperti batang penyapu jatuh. Aku dan kawan yang sorang ni, saling berpandangan dan memasang langkah seribu menuju ke tangga. Selepas itu, kami naik ke tingkat atas dan mengganggu penghuni di atas. kemudian, sudah penat mengganggu orang, aku dan kawan sorang ni pergi menghantar junior kami ke dalam bilik dia. Sampai saja di bilik dia tu,aku ternampak sebuah buku yang mengandungi bacaan-bacaan al-Quran,lalu aku pun membacanya. Pada ketika itulah satu suara yang memanggil namaku itu di dengari oleh 2 orang rakan. Sorang kawan aku ni bagitahu,ada orang panggil aku, dia tanya aku dengar atau tidak...tapi aku buat tak tahu saja..sebab aku fikir dia bergurau..selepas tu kawan aku yang 1 bilik ni tanya aku,smasa kami nak kluar pintu bilik junior aku tu,dia tanya,." bell, ko ada dengar orang panggil nama ko? "...aku pun terkejut,dan berasa takut lalu menjawab, " ok,nanti ko cerita"...dengan pantas,kami ambil selipar kami tanpa memakainya dan berlari menuju ke bilik kami. semasa kami dah berada di atas katil, kami terus menyarung seluruh jasad kami dengan selimut tanpa berkata apa-apa...maknanya memang terlampau takutla tu......itu sja yang dapat di kongsi untuk bahagian ni...kalau rasa boring,minta maaf yeeeee...next cerita, akan cuba di perbaiki..sebab ni semua cerita benar belaka...
Posted by Unknown at 4:35 AM 0 comments
Sunday, November 14, 2010
1 kisah di bulan ramadhan..
aku mulakan blog aku dengan kisah di bulan ramadhan..kita tau kan,bulan ramadhan semua jenis setan di kurung..tapi, aku just share2 jaa cerita yang telah di alami sorang sedara aku ni. Masa kejadian ni,aku masih dalam tingkatan 3. Aku cuba mengingat kembali kisah yang di ceritakan kepadaku ketika itu. ok,skrang cerita di mulakan dengan bismillah..kejadian tu berlaku ketika bulan ramadhan..sedara aku yang perempuan ni stay kat rumah ja dengan adik lelaki dia..masa tu diorang 2 orang ja yang ada kat rumah,smua pergi ke masjid sembahyang tarawih..semasa kejadian seram menimpa diorang ni, masa diorang duduk kat tangga di dalam rumah..lepastu sedara aku yang perempuan ni turun tangga dan duduk di berhadapan dengan tangga,so tinggallah adiknya duduk sorang ja..kemudian,sedara aku yang perempuan ni ternampak seorang perempuan serba putih,berambut panjang dan bermata merah sedang berdiri di belakang adiknya yang duduk kat tangga tu..Fuhh,kalau aku yang nampak,ble asma jadinya..bila dia nmpak ja benda tu,dia terus menjerit dan meminta adiknya turun dari tangga tu dan mereka berdua lari pecut masuk dalam bilik..adik dia yang tak tau apa-apa pun turut berasa takut dan rasa macam tak percaya...itulah cerita permulaan yang dapat aku kongsi..ikuti kisah selanjutnya di dalam blog ni,ok.
Posted by Unknown at 7:23 AM 0 comments