BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
..

Saturday, November 20, 2010

Kisah hantu belakang koperasi..

Kisah kali ini berlaku semasa aku tinggal kat asrama masa aku form 5. Kejadian berlaku di koperasi sekolah. Kisahnya begini, masa kejadian, semua orang belajar malam (prep) dkat dewan makan,tapi separuh lelaki belajar di koperasi sekolah. Menurut seorang kawan aku ni, diorang prep kat sana, keadaan di sana,seperti biasa,ada yang btul2 belajar,ada yang main2, dan ada yang main video handphone. Kawan dia yang main video tu, rakamlah keadaan sekeliling koperasi tu, selepas selesai merakam, diorang play video yang di rakam tadi. Dalam rakaman tu, ternampak satu objek yang melintas dengan cepat, tapi smasa rakaman diorang tak perasan. Kemudian, dalam rakaman tu, ternampak entiti yang tak di kenal pasti. Rakaman tu, aku pun ada tengok,sebab telah tersebar luas dalam kalangan pelajar dan guru sekolah aku tu. Dalam rakaman tu, entiti yang tak di kenal pasti tu, serba putih,dari atas sampai bawah,benda tu kelihatan di belakang koperasi, bnda tu berdiri bukan sekor ja, tapi kelihatan seperti ada kanak2 yg serba putih seperti objek yang tinggi tadi. semua benda tu berdiri dan bergerak. Objek tersebut seperti hantu pocong yang sedang berdiri. Semasa aku melihat rakaman tersebut dari awal hingga akhir, mmg kelihatan dengan jelas hantu-hantu tersebut interframe dlm rakaman tersebut. Sungguh menyeramkan....Menurut cikgu aku, kawasan tu, mmg banyak benda macam tu, sabab sekuriti selalu lapor ngn cikgu aku ttg kawasan tu. Selepas budak lelaki menyedari tentang rakaman mereka, mereka terus berlari ketakutan dan terus bluetooth ngn kwan2 yang lain. Itulah kisah yang dapat di kongsi bersama.....

0 comments: