......... " Beelllllll "........pada jam 2 pagi,2 orang kawan aku terdengar orang memanggil namaku dengan nada yang tinggi...tapi yang peliknya aku langsung tidak mendengar suara tersebut...sebelum kejadian tu,aku dan 2 orang kawan aku ni pergi membuat perkara yang tak berfaedah,entah apa-apa yang kami buat pada tengah malam tu. Aku merangkap bos dalam kerja tersebut sudah pun bersara sejak kejadian itu berlaku. pada pukul 1.30 pagi kalau aku tak silap, kami pergi mengetuk dan menggegar pintu dorm-dorm tingkat bawah asramaku. Kemudian kami menambah keseronokan dengan menyusun semua selipar penghuni asrama termasuklah semua selipar warden dengan cara memanjang. Selesai kerja menyusun, aku dan sorang kawan aku, sekali lagi mengetuk ngetuk dan menggoyang pintu dorm junior,sejurus itu kami berlari memasuki tandas. Keberadaan kami di dalam tandas telah menimbulkan keseraman apabila kami terdengar bunyi batang penyapu jatuh. Beberapa saat kemudian, bunyi yang sama kedengaran,seperti batang penyapu jatuh. Aku dan kawan yang sorang ni, saling berpandangan dan memasang langkah seribu menuju ke tangga. Selepas itu, kami naik ke tingkat atas dan mengganggu penghuni di atas. kemudian, sudah penat mengganggu orang, aku dan kawan sorang ni pergi menghantar junior kami ke dalam bilik dia. Sampai saja di bilik dia tu,aku ternampak sebuah buku yang mengandungi bacaan-bacaan al-Quran,lalu aku pun membacanya. Pada ketika itulah satu suara yang memanggil namaku itu di dengari oleh 2 orang rakan. Sorang kawan aku ni bagitahu,ada orang panggil aku, dia tanya aku dengar atau tidak...tapi aku buat tak tahu saja..sebab aku fikir dia bergurau..selepas tu kawan aku yang 1 bilik ni tanya aku,smasa kami nak kluar pintu bilik junior aku tu,dia tanya,." bell, ko ada dengar orang panggil nama ko? "...aku pun terkejut,dan berasa takut lalu menjawab, " ok,nanti ko cerita"...dengan pantas,kami ambil selipar kami tanpa memakainya dan berlari menuju ke bilik kami. semasa kami dah berada di atas katil, kami terus menyarung seluruh jasad kami dengan selimut tanpa berkata apa-apa...maknanya memang terlampau takutla tu......itu sja yang dapat di kongsi untuk bahagian ni...kalau rasa boring,minta maaf yeeeee...next cerita, akan cuba di perbaiki..sebab ni semua cerita benar belaka...
Monday, November 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment